
Assalamu`alaikum wmt..
Kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini sangat berharga, amat bernilai tetapi masih ada yang membazirkannya. Oleh sebab itu, Allah telah berfirman akan kerugian manusia, dengan bersumpah ke atas masa. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..." (surah al-Asr: 1-2)
Saya bersetuju dengan Penulis "Langit Ilahi" dengan doanya agar Allah mencampakkan hidayah kepada manusia, memberikan kebahagiaan kepada kita dan mengembalikan ketenangan dalam kehidupan kita. Dan beliau menyeru agar kita semua menjadi hamba ALLAH, hamba kepada Allah. Hamba tidak sepatutnya mendongak ke langit berbangga angkuh. Hamba sepatutnya tunduk ke bumi merendah diri. Dengan menjadi hamba Allah kita akan merasa bahagia, bahkan kita akan menjadi mulia. Tidak ada HIDAYAH melainkan daripada ALLAH SWT. Sama-samalah kita perbaiki diri dan ajaklah orang lain turut melakukan kebaikan semoga hidup kita bahagia di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat, insyaAllah.
Saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar kita sama-sama bermuhasabah, berfikir, berkongsi ilmu dan memperbaiki diri kita agar kita menjadi hamba yang cemerlang di sisi ALLAH SWT.
Terima kasih kepada Penulis Hilal Asyraf yang turut memberi sinar di hati saya dengan tulisan beliau yang sangat bermanfaat dan memberi kesan kepada saya. Oleh itu, saya akan sentiasa berkongsi dengan anda semua dengan ilmu yang telah saya perolehi melalaui pembacaan menerusi tulisan2 beliiau. Setakat ini dahulu sebagai permulaan...
Wassalam..